Renungan bersama…………………………
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan
perubahan tenaga alam ini yang oleh diukur dan dicerap
melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum
warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda
atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal
waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap
oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata
lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil
akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada
tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi
mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &
dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu
Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu
masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah
kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang
daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu
…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di
waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar
tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada
waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga
kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu
ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan
mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan
seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini
menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu
berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam
Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan
dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini
dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna
alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan
tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam
kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga
alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini
seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan
manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat
berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …